Friday, July 25, 2008

it's uncertain and unclear..messed up is it me or just my feelings..??

BUMI & MATAHARI

kau ku ibaratkan matahari
ada kalanya kau nampakkan dirimu
tetapi ada kalanya kau bersembunyi
biarpun dibalikawan nan indah
biarpun dibalik gunung menghijau
ataupun di mana-mana sahaja
kau pasti mendamaikan jiwaku

saat kau terbit di sebalik gunung
dengan sinar jinggamu yang begitu syahdu
dan juga saat kau menyuluh cahayamu
mendamaikan alam saat kau tergelincir di hujung lautan

dan di kala malam syahdu
kau tetap setia menerangi aku
walaupun cahayamu kau titip melalui rembulan yang indah
dan kerdipan bintang yang bertaburan menghiasai kelam malam
mendamaikan...sesungguhpun kau entah di mana....

matahariku
jelas pada pandanganku
walaupun kau membisu
namum aku tahu
kau sayang padaku
lihat lah pertalian yang seni antara kau dan aku
kau setia menerangiku
dan aku setia menanti cahayamu
dan ia akan terus begitu
hingga akhir waktu

petikan dari REMAJA oleh poison roses

No comments:

Pls leave ur comments here