Thursday, March 19, 2009

sekeping nota sejuta rindu

Agendaku kali ini..

assalamualaikum..kehadapan pelungsur alam siber harap-harap dalam keadaan
sihat sejahtera hendaknya di bawah lindungan yang Maha Esa..

terutama sekali aku ingin mengucapkan syukur ke hadrat Illahi dan juga Nabi besar kita Muhammad S.A.W diatas limpah kurnia berkat yang diberikan pada Hambamu ini untuk sekali lagi
melihat mentari pagi dan malam bulan, sesungguhnya terbukti kebesaranMU..
kicauan burung di pagi hari diceriakan lagi dgn sinaran suria..sekaligus membangkitkan auraku..
berarak awan biru kelabu..dan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa menenangkan sanubariku...
berkembang bunga harum dikelilingi kupu-kupu mewarnakan hidupku...
ternyata keindahan alam maya rekaanMu...!!memberikan kehidupan buat Hamba-Hambamu...!!

coretan kali ini mungkin berbeza dari yang lain-lain...
apa yang akan dibentang adalah dari hati...
ihklas dan jujur...!! mungkin aku bukan sasterawan yang terkenal aku bukan ahli pakar dalam tulisan aku juga bukan pujangga aku bukan siapa-siapa..yang mampu menulis bahasa-bahasa indah mengawan syair puisi sajak..tulisan ku tak berkias-kias berbunga-bunga..
Tapi tulisan aku ini ialah untuk diriku sendiri..ia akan menjadi satu memori yang pasti...!!
detik ini dan saat ini fikiranku agak berkecamuk..tak pening atau mabuk tapi berat..berat untuk aku sendiri membawanya terus melayari perjalanan hidupku..sekali sekala harus dipunggah di sini agar ringan bahu ini memikul walaupun pada zahirnya beratnya tidak terhingga..inilah cubaan Tuhan...!!tak sekali pun aku terlupa bahawa dunia ni hanya pinjaman..kelak nanti akan dipulangkan...pulang ia kita semua akan pulang...meninggalkan nama dan segala-galanya...satu hari nanti..seandainya kita terlupa harus diingatkan bahawasanya.."HIDUP BAGAIKAN RODA JALANAN MENANTI MASA KEMBALI PULANG"

aku bersyukur kerna masih diberi peluang untuk hidup dan merentasi onak liku kehidupan walaupun hakikatnya ia amat perit dan memedihkan...ku redha dengan pemberianmu Ya Allah..!!kau lindungilah keluargaku,ibu bapaku,adik-beradikku,saudara-maraku,sahabat-sahabatku serta semua umat Islam Sedunia dari segala kesusahan,limpahkan kurnian taufik dan hidayah agar perjalanan mereka didunia dan juga akhirat berjalan dgn sempurna Amin...!!!

No comments:

Pls leave ur comments here