Friday, June 19, 2009

keputusan penuh dan muktamad...!!!

Keputusan Piala KGMS

Salam hormat kepada semua.


Pertandingan Piala KGMS I sudah pun berlalu. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pertandingan tiga peringkat ini, termasuklah para peserta, para penonton dan para kakitangan yang penat membantu sedari awal lagi. Sekalung budi buat sukarelawan dari kumpulan Nira Nyertika.

Keputusan telahpun dibuat. Berikut merupakan senarai pemenang mengikut urutan kiraan markah:


Tempat Pertama: Yenbo Je 483.5 markah

Tempat Kedua: Andika 478 markah

Tempat Ketiga: Chu Chu Datuk Merah 466 markah

Tempat Keempat: Dendang Mutiara 463.5 markah

Tempat Kelima: Si Anak Seni 433.5 markah

Tempat Keenam: Keris 432.5 markah

Tempat Ketujuh: W.U.D.K.S 418.5 markah

Tempat Kelapan: Panjy 404 markah

Tempat Kesembilan: Balqis 350.5 markah



Namun, terdapat beberapa kumpulan yang melewati had masa yang diberi. 5 markah telah dipotong bagi setiap 30 saat yang melewati masa 13 minit yang ditentukan. Kumpulan-kumpulan tersebut ialah:

1. Yenbo Je, 13 min 17 saat ( -5 markah )
2. Chu Chu Datuk Merah, 13 min 27 saat ( -5 markah )
3. W.U.D.K.S, 13 min 2 saat ( -5 markah )

Oleh yang sedemikian, keputusan penuh setelah berlakunya pemotongan markah ialah:


Tempat Pertama: Yenbo Je 478.5 markah

Tempat Kedua: Andika 478 markah

Tempat Ketiga: Dendang Mutiara 463.5 markah

Tempat Keempat: Chu Chu Datuk Merah 461 markah

Tempat Kelima: Si Anak Seni 433.5 markah

Tempat Keenam: Keris 432.5 markah

Tempat Ketujuh: W.U.D.K.S 413.5 markah

Tempat Kelapan: Panjy 404 markah

Tempat Kesembilan: Balqis 350.5 markah



Ulasan Pengadil
Para pengadil amat terhibur dan berasa puas hati dengan persembahan yang dipamerkan pada hari itu. Memandangkan tahap persembahan agak tinggi, maka kesilapan seperti lupa senikata, atau pendikir yang tidak menghafal senikata merupakan sesuatu yang amat kritikal.

Kreativiti para peserta amat dialu-alukan. Namun, ada beberapa isu yang ingin diketengahkan agar dapat dijadikan iktibar. Pergerakan gimik kumpulan Andika dianggap terlalu lama sehingga mengganggu kesinambungan lagu juara. Markah telah dipotong dalam aspek ini.

Penggunaan dua baris yengki dalam persembahan Chu Chu Datuk Merah tidak memenuhi asas karut yengki. Penggunaan bahasa yang tidak didokumentasikan dalam senikata ketika berkarut patani juga tidak disenangi, lebih-lebih lagi apabila ia melanggar hukum rima. Markah juga telah dipotong dalam aspek ini.

Penggunaan perkataan yang terlalu berbentuk ilmiah serta penggunaan bahasa yang membuat ayat menjadi tidak gramatis telah melemahkan senikata beberapa kumpulan.

Justeru, setelah dinilai, para pengadil sebulat suara memberikan kemenangan yang berdasarkan kepada kiraan markah.



Pemenang Kategori Individu

Senikata Terbaik
1st Yenbo Je
2nd Andika
3rd Si Anak Seni dan Panjy


Juara Terbaik
1st Yenbo Je
2nd Keris
3rd Chu Chu Datuk Merah


Karut Terbaik
1st Chu Chu Datuk Merah dan Andika
3rd Yenbo Je

*Nota: Para pengadil memilih karut daripada Chu Chu Datuk Merah atas dasar kelakonan, penyampaian dan interaksi yang lebih menyerlah.


Paluan Terbaik
1st Dendang Mutiara
2nd Yenbo Je
3rd W.U.D.K.S

*Nota: Memandangkan Dendang Mutiara telah memasukkan satu pemain rebana mengikut kupasan tema mereka, maka Dendang Mutiara telah digugurkan daripada pencalonan ini. Maka anugerah diberi kepada Yenbo Je.


Awok-awok Terbaik
1st Yenbo Je
2nd Andika
3rd Dendang Mutiara



Senikata Harapan
Chu Chu Datuk Merah

Juara Harapan
Andika

Karut Harapan
Panjy

Paluan Harapan
Andika

Awok-awok Harapan
Dendang Mutiara


Akhir Kata

Semoga Piala KGMS II dapat dijalankan dengan lebih lancar dan memenuhi kehendak setiap peserta. Walau bagaimanapun, terdapat desas-desus berita yang kedengaran selepas pertandingan selesai. Dalam meluahkan ketidakpuasan hati, ada yang sampai menyatakan:


1. Kemenangan berlaku kerana ketidakneutralan para pengadil. Yenbo Je menang kerana Yaziz, Andika menang kerana Djohan, Dendang menang kerana Azmann. Cikgu Khir hanya mengeyakan saja suasana; ibarat lembu dicucuk hidung.

Buat pengetahuan umum, keempat-empat pengadil terlibat dalam penilaian juara dan awok-awok. Bagi kesenian, hanya Cikgu Khir dan Yaziz yang menilai dan kumpulan Andika mendapat markah tertinggi. Bagi senikata, hanya Azmann dan Djohan yang menilai. Yenbo Je mendapat markah tertinggi. Bagi Karut, Djohan dan Azmann yang membuat penilaian. CDM mendapat anugerah Karut Terbaik.

Markah yang diberi merangkumi pelbagai aspek. Maka untuk melabel keempat-empat pengadil sebagai tidak amanah mencerminkan sikap buruk sangka yang tidak berasas dan amat menyedihkan, dan boleh menyinggung pihak yang terlibat. Lebih-lebih lagi hal sebegini tidak dipersoalkan dengan lantang di pertandingan-pertandingan yang lain.


2. Mengapa harus ada Anugerah Kumpulan Wanita Terbaik.

Lebih menyedihkan akan persoalan ini. Bagi hadiah pun kena soal. Tidak pula ditanya apabila hal serupa berlaku di Mega Perdana 2008. KGMS telah membuat kira-kira dalaman, dan kami ada peruntukan untuk memberi anugerah itu kepada kumpulan wanita terbaik sepanjang pertandingan. Takkan bagi hadiah pun salah? KGMS merupakan badan yang tidak mengaup keuntungan. Maka adalah wajar peruntukan yang ada itu dikembalikan kepada aktivis.


Sekian, majulah seni bangsa berdaulat.


Yang menjalankan tugas,
Djohan A Rahman

No comments:

Pls leave ur comments here