Monday, June 15, 2009

Piala Raja Panggung 2009

Kumpulan2 yang bertanding mengikut urutan persembahan


  1. Nang Kepong Nang
  2. T.E.L.P.A
  3. Lang Seni
  4. Akedemi Arjuna Sukma
  5. Dian Sutera KBS
  6. Andika Kencana
  7. Durbar Dua
  8. Endang
  9. Suria Mestika
  10. Chingx3
  11. Teh Anang
  12. Paduka
  13. Wahana Deksu
  14. Kenangan Terindah
  15. Merak Merah
  16. Srikandi Tiara Widjaya
  17. Sepoh
*Gal Grp

Registration is open till 5 July 2009 @1800
Any Groups interested is still welcome.

FAQ Piala Raja Panggung II 2009

Q:Adakah lagu juara dimestikan membawa lagu2 petikan dari kelantan?
Ans:
Lagu juara mestilah dipetik dari 5 asal lagu juara kelantan iaitu megat nordin, arifin ana, mat udy, jali bunga tanjung dan zaidi buluh perindu.(sekiranya phak juri mendapati agak sukar utk mengenal pasti lagu juara anda, adalah digalakkan bagi kumpulan itu memuat turun lagu tersebut utk pengesahan bersama pihak juri)
Q:
Apakah tema pertandingan ini?
Ans:Yang lama tak mungkin lapuk.....Yang baru belum tentu maju.
Q:Boleh terangkan yg mana compulsori dan mana optional?
Ans:
Compulsori-yengki, kelantan, matang & wau bulan.Optional ialah patani.sekiranya tidak membawa patani, dimestikan membawa 2 lagu matang.matang moden tk dibenarkan.Wau bulan yg dipetik dari seman atau dari sulizi hanya dibenarkan.
Q:
Pembukaan digalakkan atau tidak?
Ans:
Pembukaan dimestikan.
Q:
Bilakah masa akan dimulakan?
Ans:
Sebaik sahaja, antara satu bermula, seperti paluan ke, juara atau awok2.Sebarang pegerakkan atau bunyian yg menandakan persembahan dh pun bermula juga akan diambil kira.
Q:
Masa? 10min atau 12min?
Ans:
10min sahaja.Sebarang masa tambahan, sebanyak 10markah akan dipotong setiap minit yg dijejaki.
Q:
Bolehkah tepuk ditunda?
Ans:
Adalah dinasihatkan & dimestikan setiap kali gong dipukul, mestilah dibalaskan dgn tepuk kecuali tepuk 10 awal & tepuk 10akhir sahaja yg diberi kelonggaran.
Q:
Bagaimana pula dgn props?
Ans:
Hanya tok karut sahaja yg dibenarkan menggunakannya tetapi adalah dinasihatkan agar penggunaan props oleh tukang karut itu tidak memudaratkan & mengganggu persembahan kump mereka.
Q:
Bolehkah serunai dibenarkan?
Ans:
Tidak boleh.Hanya penggunaan rebana ibu, anak, maracas, tambourine, canang, gong & kericing sahaja yg dibenarkan oleh para paluan.
Q:
Maxima jumlah senarai nama yg perlu dihantar?
Ans:
Minima 17 nama maxima 24 nama.
Q:
Memandangkan ini peringkat saringan, bolehkah senarai nama ditambah sekiranya dpt menembusi ke peringkat akhir?
Ans:
Tidak boleh sama sekali.Sila hantar jumlah nama yg sama juga pada peringkat akhir.tiada tambahan dibenarkan.Begitu juga kpd kump yg berjaya mengumpul & menghantar 24 senarai nama pada peringkat akhir.
Q:
Berapa ramaikah ahli2 yg dibenarkan membuat persembahan di atas pentas?
Ans:
Tidak lebih dari 20 ahli.
Q:
Jikalau saya menghantar kurang dari 20 senarai nama & kump saya berjaya menembusi ke peringkat akhir, adakah kump saya wajar menerima pencalonan individu?
Ans:
Sudah pasti.Pencalonan individu akan gugur sekiranya ada pertukaran kpd juara, karut & pemain ibu/anak sahaja.Pertukaran hanya boleh dilakukan selagi nama yg ditukar/ganti ada di dlm senarai nama pada peringkat saringan.
Q:
Minima masa setiap persembahan ialah?
Ans:
7minit.Sebarang persembahan yg dibawah 7minit tidak akan diambil kira sebagai potensi finalist.
Q:
Adakah para wanita mempunyai hadiah gender?
Ans:
Keputusannya cerah, cuma hanya akan didedahkan pada hari penghantaran lirik iaitu pada 5hb july jam 4pm-6pm bertempat di balai rakyat kg chai chee.
Q:
Samping dimestikan?
Ans:
Para lelaki dimestikan memakai samping manakala para hawa dimestikan mengenakan kostum yg sopan.
Q:
Apakah tema final & bila final?
Ans:
Saringan 19hb july 2009 & final 16hb Ogos 2009.Tema final ialah "9".
Q:
Siapakah juri utk PRP'09 kali ini?
Ans:
Saudara Taleeb(karut), Saudara R.Azmann(senikata),Saudara Imran(awok2), Saudara Faizal SP(paluan) & Saudara Yunos(juara).
Q: Berapa Kumpulan akan akan maju ke peringkat Akhir?
Ans: Sepuluh
Setiap Kumpulan bertanding diwajibkan untuk menjual 20 keping tiket berharga $10/- dan juga menbayar wang registrasi $80/-

Jikalau anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pertandingan PRP'09 ini sila hubungi saudara bob di talian 83331764 or 83663179 atau saudara yunos di talian 84185224.
majulah seni utk negara.......

No comments:

Pls leave ur comments here